Wednesday 1 May 2013

mind set

hari ini hari pekerja untuk seluruh rakyat Malaysia
jadinya hari ini disytiharkan cuti
untuk sehari je la
walaupun cuti, aku tetap di rumah
seharian menyiapkan soklan kuiz untuk subjek inovasi dan keusahawanan
4 kuiz yang mana tiap satu mempunyai 10 soalan
in english ok?
walaubagaiman payahnya english tersebut
MR.google translete telah banyak membantu aku
thanks a lot
tanpanya aku agak buta bahasa
jadinya aku telah menyiapkan kuiz tersebut dengan jayanya
ye ke jaya? yela, berbaloi dengan usaha aku yang tak seberapa aku dapat 30/40
actually tak best la result tu, tapi itu semua atas usaha aku sendiri
berhempas pulas semahunya
Alhamdulillah itu adalah rezeki untuk hari ini


mind set
aku baru perasan yang diri aku tak boleh berada dirumah sehari suntuk
pasti kaki aku akan melangkah keluar dari rumah walaupun hanya sekadar untuk buang sampah
dan lagi minda aku bila dah set hari ini nak keluar dengan someone
andai kata tak jadi keluar atas sebab-sebab tertentu
sure aku sendiri akan keluar sorang-sorang
dan sure aku akan pulang dengan membawa 'hasil'
aku takkan pulang dengan tangan kosong
hahaha..itu protes namanya
jadinya itu lah aku
maryam yang hampir umurnya mencecah 30 series ni

ok cukup untuk malam ni
kita sambung esok pula ye?
gud nite semua
love u all



Tuesday 30 April 2013

kembali

setelah hampir setahun aku kembali menjengah blog yang hampir usang dan telah bersawang ini. semacamnya seribu satu kisah yang ingin aku sampaikan. namun entah berkesempatan atau tidak. dalam tempoh pemergian meninggalkan blog ini, bukannya aku tak berkeinginan untuk menulis, malah hati ini melonjak-lonjak untuk berkongsi rasa hati ini dengan sesiapa saja yang sudi membaca. yela kan, bila di blog kita tak boleh nak trace siapa yang akan membaca tulisan dan coretan kita..

ok, Insya Allah mulai detik ini aku akan menulis semula. ya, mimroyamim sudah kembali. dunia ini bernafas semula. aku dah mula menjadi rakan karib bagi lappy kesayangan ku ni. di sebabkan tugasan kuliah yang makin menimbun yang mana semuanya menggunakan lappy. fb dan emel jangan cakap la. semua info dan gerak kerja trough emel dan fb. memang terpaksa on 24 jam internet la.

dalam tempoh setahun ini, banyak perkara yang telah berubah dan banyak perkara yang telah berlaku pada aku. hari ini, tarikh 1 mei..bukan saja hari buruh malah tarikh yang begitu keramat dalam hidup aku. Historic date in my life! dan hari ini aku bangkit dengan pelbagai cerita yang baru dan menarik..nantikan semua. akan ku coret satu persatu.


maryam 2013, satu kelainan satu harapan dan satu tujuan, saya sayang kamu semua..flying kiss





Wednesday 18 July 2012

MA'SUM



" sebaik-baik manusia boleh jadi sejahat-jahat manusia "
korang percaya?

alkisahnya aku terpanggil untuk menulis perkara ini atas pemerhatian dan pemahaman aku tentang "bazli"
bazli lelaki yang sangat setia pada cinta dan kekasih hatinya
sanggup berkorban apa sahaja
masa, wang ringgit untuk nadira
baiknya dia romantikya dia caringnya dia
ciri-ciri yang di dambakan oleh semua perempuan kat dunia ni kot
dah la kaya, punya karier yang hebat, hensem pulak tu..aduyai
beruntung nadira

tapi langit tak semestinya cerah hingga ke petang
ujian itu datang hanya dengan izinNya
nadira mengundur diri atas dasar cintanya beralih arah pada lelaki lain
hatinya tak berupaya untuk menerima cinta bazli lagi

bazli jatuh lagi tersungkur atas keputusan nadira
tak pernah terfikir di benak fikirannya yang mana pengakhiran perhubungannya sebegini rupa
bazli mulanya cuba berlagak tenang dan redha
dia tetap mahukan nadira kembali dan mahu pulihkan perhubungan mereka
namun nadira tetap dengan keputusannya

bazli mula hilang arah dan pertimbangan
hilang kewarasan akal untuk berfikir
tiada Tuhan di hatinya lagi
yang ada hanya pujukan syaitan untuk terus meraikan kegagalan itu dengan cara yang salah
dengan berbekalkan air haram itu bazli tak dapat mengawal diri
terus alpa dan melakar sejarah hitam dalam hidupnya
lantas syaitan bersorak gah tatkala bazli tersasar dengan kesilapan zina itu

bazli hilang punca
apa yang dia tahu lelaki itu tidak mungkin memiliki nadira sepertimana dia jugak tidak dapat memiliki nadira
atau mungkin setelah lelaki itu tiada, nadira akan kembali kepadanya
bazli sanggup bunuh lelaki itu
oh no...see?
macamana yang aku cakap di awal tadi 
" sebaik-baik manusia boleh jadi sejahat-jahat manusia "

korang rasa wujud tak di alam nyata ini kisah seperti itu?
atas sebab gagal dan terasa diri di khianati
terus menganggap tiada lagi sebab untuk terus hidup
terus menganggap Tuhan itu kejam
terus menganggap dunia ini tidak adil
wujudkan?

itu hanya contoh yang aku petik dari drama Dejavu di Kinabalu
hanya sebahagian ceritanya sahaja..tak perlulah untuk aku teruskan jalan cerita yang seterusnya kan
apa yang penting di sini
manusia itu bukan maksum
kadang-kadang sebaik-baik manusia boleh bertukar menjadi sejahat-jahat manusia
manakala sejahat-jahat manusia boleh bertukar menjadi sebaik-baik manusia
dan ianya tak mustahil wujud di alam nyata ini
yang mana memilih jalan ke lembah yang memusnahkan diri
sedarlah, bahawa hidup ini takkan lama...jangan sampai satu ketika Tuhan langsung tak pandang kita

" hidup itu adalah mencari bekal untuk akhirat, mengatur hidup dengan benar, menikmati kehidupan yang tidak di haramkan dam membuat jiwa semakin cerah...selain itu semuanya sia-sia "


yang mana memilih jalan berubah ke arah yang lebih baik
sedarlah bahawa Tuhan sentiasa memberi keampunan bagi hambanya yang mahu bertaubat

" jika hati anda ada keresahan, maka keadaan akan menjadi gelap kerana sedih. dan jika anda menderita kerana kehilangan keluarga dan harta, jangan lah anda berputus asa, sebab boleh jadi setelah berlaku semua itu, Allah akan mewujudkan sesuatu yang baru yang lebih baik dari sebelum ini "


selamat malam semua..